Najib diberi peluang beri penjelasan pada SPRM

Najib diberi peluang beri penjelasan pada SPRM

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi peluang seluasnya untuk memberi sebarang penjelasan sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan ke-49, Nur Aida Arifin menjelaskan demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan peguam Najib, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung dakwaan SPRM tidak pernah meminta tertuduh menjelaskan mengenai satu e-mel berkaitan mesyuarat firma audit KPMG Malaysia kepada Najib.

Peguam itu mendakwa oleh kerana SPRM tidak bertanya kepada Najib semasa siasatan me­ngenai salah satu e-mel menyebabkan tertuduh tidak dapat memberikan jawapan.

Sebelum ini, mahka­mah dimaklumkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low pernah menghantar e-mel kepada pengurusan 1MDB pada Disember 2013 untuk memberikan pandangan kepada Najib sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan pengurusan KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris.

Tambah Nur Aida, pihaknya menerima beribu-ribu dokumen ketika menyoal siasat Najib pada 2018.

Walaupun dia mengakui SPRM mungkin tidak bertanya kepada Najib mengenai e-mel berkenaan, namun suruhanjaya itu bergantung kepada kenyataan direkodkan daripada saksi lain yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu tahu mengenai e-mel berkenaan.

Dia menambah, semasa soal siasat pada 2018, Najib diberi peluang yang luas untuk memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam 1MDB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN