Keunikan asam pedas cair Pak Bakau

Di mana hendak makan asam pedas cair yang memukau?

SURIANA Muhammad dan anaknya menunjukkan asam pedas cair di Restoran Asam Pedas Moktar Abu Bakar di Jalan Hang Tuah, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bercakap mengenai asam pedas cair, mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa unik­nya sajian itu?

Bagi pelanggan yang pertama kali menjamah, pasti akan mempersoalkan tahap kepekatannya, namun setelah menghirup kuah, mereka akan berasa puas hati.

Satu lagi keunikannya, hanya ikan tenggiri digunakan dengan dipotong dadu.

Pengusaha Restoran Asam Pedas Moktar Abu Bakar, Suria­na Muhammad, 52, berkata, menu itu cukup popular dalam kalangan penduduk negeri ini kerana sebelum ini dikenali sebagai Asam Pedas Pak Bakau.

Katanya, bapa mentuanya, Allahyarham Abu Bakar mula berniaga asam pedas cair sejak 1960 di tepi muara Sungai Melaka.

“Dari situ berpindah pula ke pasar lama berdekatan panggung Cathay (kini Panggung Bangsawan) sebelum bertapak ke Graha Maju hingga kekal hari ini.

“Pelanggan saya terdiri daripada 60 peratus pesara kerajaan. Mereka sudah makan asam pedas cair sejak zaman muda hingga bersara.

“Asam pedas ini diwarisi turun-temurun daripada moyang, datuk, anak dan menantu serta sudah menjangkau usia 64 tahun dan mungkin lebih dari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Suriana, dia mula memikul tanggungjawab meneruskan warisan perniagaan keluargga setelah suaminya meninggal dunia pada September 2022.

Katanya, sejak itu dia dibantu tiga anaknya dan masih mengekalkan kelazatan serta keunikan asam pedas cair.

“Satu set asam pedas cair mengandungi dua ketul ikan tenggiri dijual pada harga RM12, selain itu kita ada ayam goreng, sambal sotong dan tauhu taugeh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×