KUANTAN: Kementerian Pendidikan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan sehingga September. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu sudah pun menyediakan garis panduan yang perlu diikuti semua jabatan pendidikan negeri. Beliau berkata, autonomi turut diberikan kepada setiap sekolah dalam membuat keputusan tentang aktiviti, pemakaian dan nasihat kepada murid. “Insya-Allah kesiapsiagaan kita ada dan saya ingin mengingatkan kepada semua jabatan pendidikan…