Isu diesel: KPDN ingatkan media asing jangan dahului kerajaan

Isu diesel: KPDN ingatkan media asing jangan dahului kerajaan

FUZIAH Salleh (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kelab kebajikan kepada beberapa pegawainya semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat KPDN Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengingatkan media asing supaya tidak mendahului kerajaan dalam apa-apa isu berkaitan dasar Malaysia termasuk penyasaran subsidi diesel serta lain-lain barangan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pengumuman berkait dengan perkara itu haruslah dibuat oleh kerajaan sendiri dan bukan pihak lain.

“Kerajaan belum buat pengumuman. Jadi janganlah pula media asing mendahului Kerajaan Malaysia. Kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau timbalan-timbalannya untuk buat pengumuman itu.

“Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga sudah menyatakan langkah penyelarasan subsidi akan berpandukan data Pangkalan Data Utama (PADU). Jadi kita tunggulah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat KPDN Kelantan, di sini hari ini.

Fuziah memberitahu, KPDN sudah membuat persediaan termasuk mengadakan mekanisme bagi membantu syarikat-syarikat pengangkutan mempersiapkan diri untuk berdepan langkah penyasaran subsidi apabila ia dilaksakan secara rasmi nanti.

Katanya, penyasaran subsidi diesel akan melibatkan sembilan kategori lori membawa barangan layak mendapat subsidi selain 10 kategori yang sudah mendapat subsidi sebelum ini.

“Kita sudah minta syarikat-syarikat memdaftarkan kenderaan lori milik mereka untuk mendapatkan ‘flip card’ dan mereka boleh memilih serta mendaftar dengan syarikat-syarikat minyak untuk mendapatkan tiga ‘flip card’.

“Semua ini adalah langkah persiapan untuk penyasaran subsidi. Yang pasti KPDN bergerak aktif mendaftarkan syarikat-syarikat terbabit untuk memastikan mereka sudah bersedia sebaik sahaja penyasaran subsidi dilaksanakan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN