KUALA LUMPUR: Pelakon, Noreen Iman, 32, menyorot perhatian netizen apabila memuat naik foto tidak berhijab secara terbuka di media sosial.
Perkongsian itu dimuat naik Noreen atau nama sebenarnya Noreen Iman Abdullah di InstaStory.
Noreen berkongsi foto di Instagram bersama seorang individu yang dikenal pasti sebagai adiknya.
“Akhirnya, berjumpa adik saya,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa meluahkan keinginan membuka tudung dan sekadar memakai turban yang menampakkan leher.
Penampilan yang juga hanya bertopi dalam sekeping gambar lain turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.- UTUSAN








