Harga turun, permintaan lembu korban meningkat di Kelantan

Harga turun, permintaan lembu korban meningkat di Kelantan

PERMINTAAN lembu untuk ibadah korban dijangka meningkat selepas harga binatang itu turun ketika ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penurunan harga lembu menyaksikan permintaan terhadap bekalan haiwan berkenaan untuk tujuan korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kemasukan lembu import dijangka meningkat berbanding kebiasaan.

“Bagaimanapun, bekalan lembu-lembu untuk ibadah tersebut lebih stabil berbanding tahun sebelum ini.

“Kemasukan lembu-lembu import ini untuk keperluan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Veterinar Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, setiap tahun Kelantan menjadi sebagai pusat transit bagi menempatkan kira-kira 30,000 ekor lembu yang diimport dari negara jiran.

Katanya, jumlah berkenaan bukan sahaja untuk keperluan di Kelantan sahaja tetapi melibatkan seluruh negara untuk melaksanakan ibadah korban dan juga tujuan lain termasuk kenduri.

“Lembu import dari Thailand ini sudah mula dibawa masuk sebulan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha untuk dikuarantin di pusat kuarantin sebelum proses seterusnya dijalankan.

“Malah Kelantan telah menjadi pusat transit utama bukan sahaja membabitkan lembu yang diimport, malah lembu tempatan sebelum dihantar ke seluruh negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN