MEKAH: Seramai 5,681 jemaah haji Malaysia menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji di Madinah dan Mekah setakat ini. Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr. Marsudi Manah berkata, jumlah tersebut dicatatkan sejak hari pertama ketibaan jemaah haji KT01 sehingga semalam. Katanya, daripada jumlah terbabit, hampir 30 peratus jemaah yang datang mendapatkan rawatan berkaitan penyakit respiratori seperti masalah batuk, selesema demam dan sakit otot. “Berdasarkan nisbah purata kedatangan pesakit pula adalah…










