KUANTAN: Setelah hampir empat tahun diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, tanda tanya siapa yang akan menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan di negeri ini akhirnya terjawab hari ini. Sidang DUN Pahang yang berakhir hari ini mengumumkan nama ADUN tersebut iaitu Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri, Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh…