MELAKA: Semangat untuk mengajar anak-anak kecil dan memastikan mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan mendorong Khairiah Abdullah, 57, berhijrah dari Terengganu ke Melaka, seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 2024. Dalam usia 18 tahun, beliau berhijrah ke negeri ini dan memohon jawatan sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), walaupun hanya bergaji RM220 sebulan yang mana jauh berbeza ketika bekerja kilang dengan pendapatan RM1,000 sebulan. Khairiah…