Anwar yakin semua Ahli Parlimen menyokong kenaikan gaji penjawat awam

Anwar yakin semua Ahli Parlimen menyokong kenaikan gaji penjawat awam

ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Anwar Ibrahim (tengah) semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua Ahli Parlimen dijangka akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai 1 Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari semua Jemaah Menteri.

“Ahli Parlimen mana yang akan bangkang usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam. Saya tiada masalah untuk melaksanakannya, Sarawak dan Kelantan menyambut baik usaha ini.

“Justeru, saya yakin cadangan kenaikan gaji penjawat awam dapat sokongan semua Ahli Parlimen,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini sebentar tadi.

Anwar memberitahu, kenaikan gaji lebih 13 peratus itu merupakan peningkatan tertinggi dalam sejarah negara.

“Ada yang kata tidak benar (kenaikan tertinggi). Sepatutnya tanya saya dahulu. Dahulu pernah diberi (kenaikan gaji) sebanyak 35 peratus.

“Dengan skim ini, penjawat awam bergres tinggi naik sedikit manakala yang bawah naik 20 hingga 38 peratus. Dengar dahulu (penjelasan),” ujarnya.

: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 13 peratus, tertinggi dalam sejarah mulai 1 Disember tahun ini.

Ketika mengumumkan perkara itu pada hari sambutan Hari Pekerja di sini, Perdana Menteri berkata, ia antara keputusan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) iaitu satu kenaikan tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri memaklumkan sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya