Anwar jumpa Menteri Besar Kelantan - Utusan Malaysia

Anwar jumpa Menteri Besar Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke negeri ini sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani 2024 mengadakan kunjungan hormat serta pertemuan tertutup ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Pemimpin nombor satu negara itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa pada pukul 3.40 petang dan terus bergerak menaiki kenderaan rasmi ke Kota Darulnaim.

Ahli Parlimen Tambun itu tiba di Kota Darulnaim tepat pada pukul 4 petang sambil Mohd. Nassuruddin dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Hadir sama Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Turut mengiringi Anwar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad.

Beliau seterusnya akan bergerak ke Hotel Perdana untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kelantan sebelum ke Kompleks Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung untuk Majlis Sambutan Aidilfitri Madani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN