PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pemain kebangsaan, Faisal Halim segera sembuh dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam arena bola sepak.
Menurut beliau, Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi telah mewakili beliau menziarahi pemain Selangor itu selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.
“Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, media melaporkan, Faisal semakin kritikal selepas menjalani pembedahan kelmarin selain didakwa sukar menggerakkan tangan kiri kesan daripada melecur tahap empat .
Setakat ini, polis telah merakam keterangan 10 individu bagi membantu siasatan bagi kes tersebut dengan kesemua individu membabitkan mangsa dan beberapa saksi kejadian.










