13 menara telekomunikasi JENDELA di Sarawak sudah siap - Utusan Malaysia

13 menara telekomunikasi JENDELA di Sarawak sudah siap

MENARA telekomunikasi di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sejumlah RM2.25 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan program intervensi menambah baik dan mempercepatkan penyediaan kemudahan telekomunikasi untuk akses internet di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata, peruntukan tersebut menggunakan dana Kerajaan Sarawak sendiri yang pada mulanya berjumlah RM1.89 bilion.

“Selaras dengan intervensi Kerajaan Sarawak, usaha untuk menambah baik liputan internet di kawasan DUN Dudong juga mendapat perhatian apabila sebanyak lima menara telekomunikasi menerusi projek Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) diperuntukkan.

“Dua menara telah beroperasi, manakala tiga lagi masih di pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga suku pertama 2025,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 13 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telahpun siap dibina.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak 16 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 menara telah siap dan beroperasi, manakala baki tiga menara masih di pelbagai peringkat pelaksanaan sehingga suku keempat tahun 2024,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato Sri Tiong King Sing  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN