Subsidi, kos sara hidup antara ‘bahan’ kempen PN

Subsidi, kos sara hidup antara ‘bahan’ kempen PN

Perikatan Nasional perlu membawa naratif baharu jika mahu mengekalkan sokongan atau menambah undi dalam pilihan raya umum akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Subsidi, kos sara hidup, pendidikan dan infrastruktur antara ‘bahan’ yang akan digunakan Perikatan Nasional (PN) untuk menarik pe­ngundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jentera PN akan mula mengunjungi rakyat dan memberi penjelasan mengenai isu yang didakwanya gagal ditangani oleh Kerajaan Perpaduan.

“Saya sudah dengar banyak komen daripada rakyat bukan sahaja di Kuala Kubu Baharu tetapi (turut) di tempat-tempat lain tentang masalah ini, ia cukup mendesak dan (saya) tidak nampak keupayaan pimpinan Kerajaan Persekutuan (iaitu) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah.

“Menambahkan masalah ada, menyusahkan pun ada tetapi penyelesaian tidak ada. Jadi, apa tujuan menjadi kerajaan? Baik di peringkat negeri ataupun Persekutuan, jika tidak menyelesaikan masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri hadir ke Pusat Penamaan Calon bagi mengiringi calon PN, Khairul Azhari Saut.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat calon iaitu selain Khairul Azhari adalah calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Dalam pada itu, Muhyiddin merayu pengundi di Kuala Kubu Baharu tidak memboikot PRK yang diadakan pada 11 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN