SPRM temui petunjuk kedudukan menantu Muhyiddin

SPRM temui petunjuk kedudukan menantu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemui petunjuk kedudukan terkini menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kedudukan itu berpandukan kepada transaksi kad kredit milik ahli perniagaan itu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

Menurutnya, susulan itu SPRM
sudah mendapatkan kerjasama daripada pihak Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membawa pulang individu berkenaan ke negara ini
tujuan pertuduhan di mahkamah.

“Hasil daripada pemantauan kita (berpandukan kepada transaksi) dia berada di beberapa buah negara dan kita telah memohon kepada pihak interpol.

“Namun, sehingga sekarang tidak ada lagi makluman daripada beliau dan juga seorang peguamnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Bangunan Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Azam memberitahu, dia menyeru kepada Muhammad Adlan dan peguamnya untuk tampil dan menghadapi pertuduhan yang akan dikenakan terhadap mereka

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, SPRM telah membuka pejabat cawangan baharu di daerah Gua Musang sejak 2 Januari lalu.

Katanya, pembukaan cawangan berkenaan berfungsi memudahkan urusan penduduk dan sebanyak 22 kes jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pelbagai isu di daerah ini telah dikesan.

“Saya tidak nafikan ketika itu pejabat kita ada di Kota Bharu jadi siasatan untuk menyelesaikan kes-kes di Gua Musang ini mungkin mengambil masa yang lambat. Berdasarkan data-data dari kes-kes yang dikumpulkan dari tahun 2020 sehingga sekarang mewajarkan penubuhan cawangan Gua Musang ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN