Sandbox Myinvois boleh diakses mulai hari ini

Sandbox Myinvois boleh diakses mulai hari ini

Syarikat yang menyertai pelaksanaan projek rintis e-invois boleh mula diakses hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat yang menyertai pelaksanaan projek rintis sistem invois elektronik (e-invois) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh mula mengakses persekitaran pengujian (Sandbox) MyInvois bermula hari ini.

LHDN dalam kenyataan berkata, akses bagi syarikat lain serta penyedia perkhidmatan pula akan dibuka pada 22 April.

Langkah itu bagi membolehkan pembayar cukai dan penyedia perkhidmatan membuat pengujian integrasi antara sistem yang dibangunkan oleh pembayar cukai atau penyedia perkhidmatan dengan MyInvois melalui Application Programming Interface (API).

Bagi mengakses sandbox, pembayar cukai atau penyedia perkhidmatan perlu memohon Client ID dan Client Secret daripada HASiL (LHDN) melalui e-mel [email protected].

Permohonan perlu disertakan dengan maklumat nombor pengenalan cukai (TIN), nombor pendaftaran perniagaan, nama syarikat, e-mel syarikat dan nama sistem Enterprise Resource Planning (ERP) yang digunakan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, jumlah penyertaan syarikat dalam projek rintis sistem e-invois meningkat kepada 90 syarikat untuk memberi peluang kepada wakil setiap industri mengaplikasikan sistem itu dalam urusan mereka.

Inisiatif e-invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan seiring Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).

Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.

Syarikat dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta, akan mula mengguna pakai e-invois pada 1 Januari 2025, dengan penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan pada 1 Julai 2025.

Untuk rujukan dan panduan, pembayar cukai boleh mengakses SDK versi 1.0, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.3) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.1) yang telah dimuat naik ke Laman Mikro e-Invois di portal rasmi LHDN menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois pada 6 April lalu.

Pembayar cukai boleh hubungi talian 03-8682 8000 atau e-mel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang SDK dan Sandbox Sistem MyInvois. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN