KUANTAN: Syarikat pengendali Bazar Ramadan KotaSAS, RJ7 Exito mengukir senyuman buat 48 pelajar asnaf Akademi Yasa-Muip apabila meraikan dan menyampaikan sumbangan dalam majlis berbuka puasa di kawasan lapang bersebelahan bazar tersebut di sini hari ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil daripada KotaSAS, Siti Nursyazwani Tam dan wakil peniaga bazar Ramadan KotaSAS, Rosilawati Morad mewakili RJ7 Exito. Sebelum ini, hampir 100 orang pelajar di dua pusat tahfiz di daerah ini menerima…