Rimas dengar tangisan, bapa hentak kepala bayi di sofa hingga maut

Rimas dengar tangisan, bapa hentak kepala bayi di sofa hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Gara-gara tidak suka mendengar tangisan, seorang bapa yang dipercayai di bawah pengaruh dadah menghentak kepala anaknya berusia enam bulan di sofa sehingga maut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.52 pagi di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, kelmarin, ibu kanak-kanak berkenaan dikatakan tiada di rumah.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, ibu bayi berkenaan bersama anak sulungnya berusia tujuh tahun telah berkunjung ke rumah ibu dan bapa suspek yang terletak bersebelahan rumah mereka.

Kata sumber itu, sewaktu kejadian, bayi malang berkenaan tinggal bersama bapanya sementara waktu.

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan pada mulanya menangis tanpa henti menyebabkan suspek naik hantu dan menghentak kepala bayinya.­

“Suspek juga dipercayai pernah memukul isterinya sebelum ini. Namun, ini kejadian pertama suspek mengamuk dengan anak mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, suspek berusia 25 tahun ditahan di pekara­ngan Unit Forensik hospital ber­kenaan pada pukul 11.30 malam hari sama.

Kejadian itu terbongkar selepas bedah siasat ke atas mayat bayi terbabit mendapati ada kesan kecederaan pada kepalanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Muhamad Nasir Drahman berkata, pada awalnya polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada pukul 8.52 pagi.

“Lelaki itu mendakwa bayi­nya tidak sedarkan diri di rumah di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma.

“Hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan pada badan mangsa dan mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kesan kece­deraan pada mayat bukan di­sebabkan oleh kemalangan tetapi perbuatan jenayah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 22 April ini untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, ibu kepada bayi lelaki Muhammad Ay­sar Wildan Muhammad Aizat tersebut tidak menyangka suaminya tergamak bertindak kejam.

Wanita dikenali sebagai Siti itu memberitahu, ketika kejadian, dia dan anak sulung berusia dua tahun ke rumah keluarga mentua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×