Periksa kabel: Sebahagian laluan jambatan kedua ditutup Selasa

Pemeriksaan kabel: Sebahagian laluan jambatan kedua ditutup bermula Selasa

Sebahagian laluan JSAHMA akan ditutup bermula Selasa hingga Khamis depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau jambatan kedua akan ditutup selama tiga hari bermula Selasa ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel.

Menurut Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), laluan yang akan ditutup itu bermula dari Kilometer(KM) 12.5 sehingga KM 18.5 dan penutupan bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Katanya, sepanjang penutupan tersebut, laluan kontra juga akan diaktifkan di kawasan berkenaan.

“Penutupan sementara ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel di rentang utama dan akan beroperasi seperti biasa selepas pemeriksaan tersebut tamat,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, JKSB menasihatkan agar orang ramai mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan.

“Kami mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

“Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN