SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi larangan yang telah dikeluarkan berhubung pengambilan kerang-kerangan (dwicangkerang) dari perairan Port Dickson. Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia susulan keputusan terkini analisis makmal terhadap kupang yang mendapati terdapat biotoksin melebihi daripada kadar selamat. “Kerajaan Negeri Sembilan ingin menasihati para pengguna untuk terus mematuhi perintah larangan yang telah dikuatkuasakan tersebut sehingga analisis makmal mendapati pengambilan dwicangkerang…










