Negara perlu pakar timbang tara, bukan hakim

Negara perlu pakar timbang tara, bukan hakim

HAMID SULTAN ABU BACKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan ahli timbang tara yang pakar dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi menyelesaikan kes-kes mahkamah yang tertunggak di negara ini.

Justeru, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer berkata, inidividu yang berprofesion tertentu seperti arkitek atau jurutera perlu dilantik menjadi ahli timbang tara dan bukannya majistret atau hakim.

“Saya mahu mengatakan bahawa jawatan penimbang tara atau majistret atau Hakim Sesyen atau mana-mana hakim adalah pekerjaan profesional yang paling mudah dengan syarat mereka mempunyai kepakaran dalam perkara yang menjadi pertikaian, apa yang mereka dengar dan mampu melakukannya dengan cara beretika.

“Selain itu, untuk kepakaran am mahkamah pula, ia adalah dalam undang-undang dan tidak mempunyai kepakaran khusus dalam hal perkara pertikaian. Maka mahkamah pula mengambil masa lama untuk mendengar pertikaian dan menulis kertas penghakiman,”katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, pelantikan pakar dalam bidang tertentu terbukti berkesan bagi penyelesaian kes-kes yang melibatkan bidang-bidang tertentu dan turut diterima dalam kalangan pengamal undang-undang.

“Contohnya, jika pertikaian itu berkaitan pembinaan, orang yang terbaik untuk menjadi pembicara fakta sudah semestinya mereka yang terdiri daripada jurutera atau arkitek yang berada dalam bidang berkaitan, bukannya majistret atau hakim.

“Untuk pengetahuan awak, selama bertahun-tahun saya telah merumuskan konsep yang menjadi rujukan universiti dan timbang tara untuk memberi kuasa kepada ahli akademik, peguam dan lain-lain yang mempunyai kepakaran dalam hal perkara berkaitan untuk duduk sebagai penimbang tara bagi pertikaian yang difailkan di mahkamah atas kelulusan mahkamah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN