Lelaki Orang Asli maut terkena peluru sesat - Utusan Malaysia

Lelaki Orang Asli maut terkena peluru sesat

ISMAIL MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki Orang Asli maut terkena tembakan peluru sesat di hutan berdekatan Kampung Tekal, Sungai Koyan di sini.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mayat mangsa dibawa dengan kereta oleh seorang lelaki ke Balai Polis Sungai Koyan pada pukul 11 pagi hari ini.

“Pada pukul 12.30 tengah hari, pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Koyan mengesahkan lelaki yang berada dalam kereta berkenaan meninggal dunia.

“Kejadian itu berlaku antara pukul 1 hingga 2 pagi di hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan,” katanya di Ibu Pejabat Polis di sini hari ini.

Menurut Ismail, berikutan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan oleh pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN