Kemalangan LPT babit 30 motosikal, 20 cedera, 4 maut - Utusan Malaysia

Kemalangan LPT babit 30 motosikal, 20 cedera, 4 maut

SUASANA di perkarangan Unit Forensik HTAA di Kuantan, Pahang dipenuhi waris dan rakan mangsa yang maut dalam kemalangan di LPT dekat susur keluar Jabor awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat meninggal dunia manakala 20 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lebih 30 motosikal di Kilometer 246.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, Terengganu di sini awal pagi hari ini.

Difahamkan, kumpulan bermotosikal itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas selesai makan di sebuah restoran terkenal di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, empat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Sementara itu, 18 yang cedera dirawat di HTAA dan dua lagi dirawat di Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM),” katanya ketika dihubungi di sini.

Tinjauan mendapati lebih 50  ahli keluarga dan rakan-rakan memenuhi perkarangan Unit Forensik HTAA menunggu proses bedah siasat sejak 8 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN