Hujan lebat, ribut kencang di beberapa negeri hingga 5 petang

Hujan lebat, ribut kencang di beberapa negeri hingga 5 petang

Ramalan hujan dan ribut kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, dan hujan lebat berserta angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

Selain seluruh Selangor dan Melaka METMalaysia turut memberi amaran tersebut bagi Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Di Perak (Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) serta daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Amaran sama dikeluarkan bagi ibu negara dan Putrajaya selain Jelebu, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing serta Pontian di Johor.

Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN