PORT DICKSON: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang, di sini hari ini mengeluarkan hebahan larangan membeli serta memakan kupang dan kerang tempatan buat sementara waktu. Seorang wakil pihak pengurusan persatuan itu berkata, hebahan tersebut dibuat atas inisiatif persatuan berikutan terdapat beberapa kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan kupang dan kerang dari perairan Port Dickson. Menurut beliau, pada awalnya terdapat lima kes (individu) pada pagi tadi dan sehingga kini kira-kira…