Dua pegawai kanan syarikat pembekalan air disyaki terima rasuah RM3.3 juta - Utusan Malaysia

Dua pegawai kanan syarikat pembekalan air disyaki terima rasuah RM3.3 juta

DUA pegawai kanan sebuah syarikat pembekalan air di negeri ini ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM3.3 juta daripada dua syarikat kontraktor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua pegawai kanan sebuah syarikat pembekalan air di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua syarikat kontraktor, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki yang berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada pukul 2 petang.

“Siasatan yang dibuat berdasarkan beberapa aduan pada tahun lalu mendapati kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.

“Wang tersebut sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

“Suspek dipercayai terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berhubung permohonan sumbangan sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya,” jelas sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan permohonan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×