Dipenjara 38 tahun selepas bunuh Ketua Cawangan Wanita UMNO

Dipenjara 38 tahun selepas bunuh Ketua Cawangan Wanita UMNO

TERTUDUH diiringi anggota Jabatan Penjara semasa menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan semalam. -UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemandu jengkaut terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menggantikan hukuman itu dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah membunuh Ketua Cawangan Wanita UMNO, 16 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara mengetepikan hukuman mati terhadap Zulhisham Fadly Mohamad, 43.

“Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan dari tarikh tangkap (21 April 2008),” ujar Maimun.

Zulhisham Fadly sebelum ini merayu kepada Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Jenayah pada 17 Jun 2014, namun rayuannya itu ditolak dan hukuman mati dikekalkan.

Tertuduh turut membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan mahkamah itu menolak rayuan tersebut pada 7 September 2015 dengan mengesahkan sabitan dan hukuman mati.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili Mazlan Md. Zain.

Berdasarkan fakta kes, Zulhisham Fadly didakwa membunuh dan mengebumikan Zaiton yang merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bakau Tinggi di kebun milik Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu.

Kereta mangsa ditanam di tapak semaian bunga di Kampung Mak Chili, Kemanan kira-kira 14 kilometer dari tempat mayatnya ditemukan.

Mayat Zaiton dijumpai enam hari selepas kehilangannya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemandu jengkaut dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Terengganu kerana membunuh pemandu van sekolah di Hulu Kemaman pada April 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×