BESUT: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut berjaya mencipta treler air mini daripada barangan terpakai untuk memudahkan kerja-kerja memadam kebakaran hutan pada musim panas ini. Ketua BBP Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, mereka mengambil masa kira-kira tiga minggu bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta proses mencipta treler tersebut. Menurutnya, inovasi terbaharu itu dapat membantu mereka menjalankan operasi pemadaman di lokasi yang sukar diakses jentera bomba. Katanya, treler air…










