JASIN: Buaya tembaga yang ditangkap para nelayan di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, dianggarkan seberat dua tan atau 2,000 kilogram (kg). Ketika ditemui Utusan Malaysia, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farid Abu Bakar berkata, ‘sang bedal’ sepanjang 4.5 meter itu kini ditempatkan sementara di BBP Ayer Keroh sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara…










