Bas pelancongan Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan

Bas pelancongan Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan

KAMARUDIN Md. Nor menunjukan borang yang perlu diisi oleh pengendali perkhidmatan bas Thailand untuk masuk ke Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Kementerian Pengangkutan (MOT) memberikan kebenaran kepada bas pelancong dari Thailand untuk masuk ke Kelantan berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, kelonggaran itu diberikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) yang sedang berlangsung ketika ini.

“Alhamdulillah, ini adalah hasil permohonan dan pertemuan bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook beliau telah memberikan kelulusan tersebut dengan memberikan borang Permohonan Lintas Sempadan.

“Bas pelancong Thailand yang mahu masuk ke Kelantan perlu mengisi borang dan mendapatkan khidmat dari pengendali perkhidmatan pelancongan di Kelantan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada program Asean Festival 2024 di Asean Mall di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, beliau akan memanggil syarikat pengendali perkhidmatan untuk memberikan taklimat berkait dengan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, pada masa masa caj perkhidmatan akan turut dibincangkan bagi memastikan konsep menang-menang di nikmati oleh semua pihak terlibat.

Kamarudin berkata, kebenaran ini hanya terpakai untuk bas dan tidak melibatkan perkhidmatan van pelancongan.

“Selain merancakan lagi industri pelancongan sempena TMK 2024, ia bakal memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Pengendali perkhidmatan pelancongan tempatan juga akan menikmati keuntungan daripada perlaksaan ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN