PETALING JAYA: Tiada akses jalan darat di Gaza menyebabkan bantuan melalui udara satu-satunya pilihan dalam memastikan penduduk Palestin mendapatkan bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), Nik Marina Hussein berkata, penghantaran melalui udara hanya satu-satu cara terpantas untuk menghantar makanan kerana jalan darat kebanyakan telah musnah.
“Bantuan melalui darat sememangnya jalan yang terbaik untuk memberikan bantuan kerana lori dapat memuatkan lebih banyak bekalan dan dapat disampaikan dengan lebih bermaruah.
Menurut beliau, baki penduduk Palestin yang selamat tetapi hilang tempat tinggal kini sangat menunggu ihsan komuniti antarabangsa.
“Buat masa ini, KHOM telah memulakan operasi kemanusian terhadap Gaza dengan menghantar lebih 480 kotak makanan yang akan memanfaatkan lebih 2,400 keluarga.” katanya ketika dihubungi.
Penghantaran bantuan kemanusiaan ini dilakukan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Jordan.
Mengulas lanjut mengenai penghantaran melalui udara, insiden yang membabitkan bekalan bantuan jatuh ke laut tidak membabitkan tentera Jordan.
“Walaupun terdapat beberapa siri serangan di sesetengah kawasan namun bantuan di Rafah masih dapat disampaikan’, katanya.
Selain itu, kata Nik Marina, diharapkan bantuan yang diberikan akan benar-benar sampai kepada penduduk Palestin yang sangat memerlukan dan menunggu dengan harapan. – UTUSAN










