GEORGE TOWN: Pegawai Waran II (PW II) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Noorfarahimi Mohd. Saedy yang terkorban dalam nahas helikopter di Padang Sitiawan, Lumut, Perak, seorang yang mengambil berat adik-beradik serta ipar-duainya. Perkara tersebut diakui adik iparnya, Nur Shaqirah Mat Isa, 34, ketika ditanya mengenai sikap anak keempat daripada lima beradik itu ketika hayatnya. Menurut Nur Shaqirah, arwah yang berusia awal 40-an sangat rapat dengan hampir semua orang yang dikenalinya.…