Angkasa tunggu kelulusan kerajaan untuk import beras

Angkasa tunggu kelulusan kerajaan untuk import beras

ABDUL Fattah Abdullah (kiri) menyampaikan penghargaan kepada koperasi yang berjaya di Kelantan selepas Mesyuarat Agung Angkasa Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menunggu keputusan kerajaan berkait kelulusan permit mengimport beras dari Thailand.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sebelum ini Angkasa telah memanjangkan hasrat tersebut kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Benedick selepas mengadakan perbincangan dengan koperasi di negara berkenaan.

“Saya harap Menteri dapat membincangkan dengan Menteri Koperasi Thailand pada persidangan melibatkan Menteri Koperasi Asia Pasifik yang sedang berlangsung di Jordan ketika ini.

“Besar harapan Angkasa supaya beliau (Datuk Ewon) dapat menyuarakan hasrat ini kepada kerajaan seterusnya memberikan kelulusan berhubung perkara tersebut,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Angkasa Negeri Kelantan di sini hari ini.

Abdul Fattah memberitahu, hal ini kerana Padiberas Nasional Berhad (Bernas) merupakan pengimport utama bahan mentah itu di Malaysia ketika ini.

Katanya, beras yang bawa masuk itu akan dijual kepada 7.2 juta ahli koperasi sahaja tanpa me melibatkan pengguna luar.

Ujarnya, langkah  tersebut merupakan salah satu usaha yang digerakan untuk membantu ahli koperasi mendapatkan bekalan makanan dengan mudah.

“Selain itu kita juga akan mengemukan cadangan supaya pihak koperasi dari negara berkenaan mengimport kelapa sawit menerusi ‘sistem barter’.

“Dengan cara ini kita dapat membantu menguguhkan lagi sumber ekonomi koperasi yang mengusahakan tanaman kelapa sawit,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Angkasa menawarkan diri untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras yang meruncing ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, melalui kerjasama dengan rangkaian koperasi antarabangsa terutama dari negara jiran, Angkasa melalui koperasi di bawahnya mampu menjadi pengimport bahan itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN