Ahli perniagaan tidak mengaku salah sebabkan kerugian RM580 juta

Ahli perniagaan tidak mengaku salah sebabkan kerugian RM580 juta

Ahmad Kamal (dua dari kanan) ketika tiba di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bagi tujuh pertuduhan menipu seorang individu berhubung pelaburan projek perumahan dan rumah kedai tidak wujud yang membabitkan kerugian berjumlah RM580 juta, enam tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Kamal Akbar Ramin@Abd Rahim, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Ibrahim Romli, 53, dengan memperdaya mangsa mempercayai akan menerima keuntungan atas pelaburan projek perumahan PPR berbilang tingkat dan rumah kedai yang masing-masing tidak wujud di Mukim Kuantan dan Golf Garden, Jawi.

Ia menyebabkan tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan cek berjumlah RM580,000 atas nama syarikat Akar Bina Teguh Sdn. Bhd. yang mana mangsa tidak akan berikan sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Perniagaan Tasek Gelugor antara 8 hingga 24 September 2018.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani menawarkan wang jaminan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, (YBGK) Ima Syakira Mohd Salim yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon agar jaminan minimum dikenakan dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan memiliki sepuluh orang anak.

Majistret Siti Zulaikha kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM56,000 dengan seorang penjamin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN