‘Urban mining’ peluang baharu industri kitar semula

‘Urban mining’ peluang baharu industri kitar semula

NIK NAZMI Nik Ahmad (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani MoA antara UTeM dan Megatrax Plastic Industries Sdn. Bhd. di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Konsep ‘urban mining’ iaitu mendapatkan semula bahan logam atau nadir bumi daripada bahan buangan elektronik (e-waste) perlu dilihat sebagai peluang baharu dalam industri kitar semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, meskipun belum ada kesepakatan berkaitan penentuan kriteria e-waste tidak berbahaya di peringkat antarabangsa, urban mining merupakan salah satu alternatif kepada perlombongan konvensional yang mempunyai kesan lebih besar kepada alam sekitar.

Ujarnya, trend penghasilan e-waste di Malaysia dijangka mencecah 24.5 juta unit menjelang 2025 manakala kuantiti pengumpulan e-waste pada 2023 adalah sebanyak 2,528 tan metrik.

“Sebab itu bagi kita isu sisa bahan buangan elektronik ini memang sangat serius kerana jumlahnya yang begitu besar tetapi pada masa sama ia mendatangkan peluang.

“Sebagaimana saya sebut tentang soal yang banyak dibangkitkan hari ini, urban mining untuk didapatkan semula bahan-bahan logam dan juga bahan-bahan nadir bumi misalnya dalam barangan elektronik.

“Ini merupakan satu alternatif kepada perlombongan konvensional yang mempunyai kesan yang lebih besar kepada alam sekitar,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Megatrax Plastic Industries Sdn. Bhd. di Durian Tunggal di sini, hari ini.

MoA itu bertujuan mewujudkan kerjasama dalam bentuk penyelidikan dan pengembangan protokol klasifikasi e-waste tidak berbahaya dan mekanisme kawalan hijau bagi perdagangan antarabangsa.

Tambah Nik Nazmi, Konvensyen Basel tahun lalu telah menetapkan bahawa setiap negara ahli perlu membangunkan kriteria dan garis panduan bagi pengimportan e-waste tidak berbahaya.

“Di peringkat antarabangsa belum ada kesepakatan berkaitan penentuan kriteria e-waste tidak berbahaya ini, maka hasil kajian ini sangat penting dalam penentuan kebenaran import yang mungkin akan memberi impak kepada pemain industri dalam negara.

“Kajian ini akan memberi fokus kepada aspek teknikal dan kejuruteraan serta aspek-aspek yang perlu bagi memastikan kepatuhan kepada peraturan dan piawaian antarabangsa, terutama Konvensyen Basel,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN