Undang-undang Syariah: Pas akan menghadap Raja-Raja

Undang-undang Syariah: Pas akan menghadap Raja-Raja

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas me­ngakui parti itu sedang berusaha menghadap Raja-Raja Melayu dalam usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah di negara ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini Pas sudah menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Kita masuk mengadap melalui Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Untuk Kelantan, pula perkara tersebut (Kanun Jenayah Syariah) sudah sampai ke penge­tahuan baginda (Sultan Muhammad V).

“Selepas ini, kita akan menghadap Sultan-Sultan di seluruh negeri. Tujuannya, untuk memaklumkan perkara tersebut, memberi pandangan dan mendengar apa nasihat daripada pihak istana,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.

Speaker DUN Kelantan itu berkata, Pas kini sedang memantapkan lagi Jawatankuasa Memperkasakan Syariah.

Katanya, ahli jawatankuasa itu merangkumi ahli undang-undang, pensyarah universiti ber­kaitan dengan syariah dan ramai lagi.

“Usaha ini sudah berjalan dan kita (Pas) sudah membentuk jawatankuasa sebelum kes tersebut diputuskan.

“Pada masa sama, kita (Pas) telah menyusun beberapa tindakan dan langkah untuk memastikan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah tidak terhenti. Jadi kita akan lihat dalam pelbagai sudut selepas ini,” ujarnya.

Mohd. Amar berkata, masalah ini bukan hanya melibatkan Kelantan namun ia sebenarnya di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN