TVET: Sektor awam, swasta bukan bersifat dikotomi - Utusan Malaysia

TVET: Sektor awam, swasta bukan bersifat dikotomi

SRI Ganes sewaktu mengadakan lawatan ke salah sebuah institusi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kerjasama antara sektor awam dan swasta (PPP) perlu menjadi mekanisme utama bagi memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini. 

Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P. Sri Ganes berkata, kerjasama itu secara tidak langsung dapat menaik taraf institusi sedia ada dengan penyediaan peluang  lebih besar kepada pelajar untuk mengikuti kursus baharu seperti kenderaan elektrik (EV) dan dron yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. 

“Dengan kerjasama ini, pemain industri utama negara dapat terbabit terus mengurus latihan TVET dan seterusnya menyediakan pelajar yang dilatih memasuki alam pekerjaan dengan pendapatan munasabah. 

“Pada masa sama, ia juga akan menyelesaikan permasalahan mengenai latihan tidak sepadan, tidak diperluaskan dan tidak memuaskan membabitkan graduan. Tanpa tenaga mahir yang kompeten, pembangunan sektor ini (TVET) akan tergugat,” katanya.

Dalam pada itu, Sri Ganes berkata, TVET di Malaysia  tidak boleh bersifat dikotomi (pemisahan).

“Tanpa kerjasama ini, ia bukan sahaja akan memberi bebanan kewangan kepada satu-satu pihak malah akan mewujudkan ketidakseimbangan bebanan kepada fasiliti untuk menyediakan tenaga kerja yang relevan kepada pasaran. 

“Maka kerjasama yang efektif antara sektor awam dan swasta akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber merentasi kedua-dua sektor ini,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN