KUALA LUMPUR: Penubuhan institusi latihan khusus yang menyelaras program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan keperluan industri francais sedang dirangka bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri francais perlu memanfaatkan TVET untuk memperluas pasaran antarabangsa serta melahirkan bakat berkemahiran tinggi. Beliau berkata, perkembangan semasa menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuh ekosistem latihan TVET supaya selari dengan kehendak sebenar industri francais.…










