PAPAR: Syarikat pembungkusan semula atau repacker yang terlibat dalam penyelewengan dan ketirisan minyak masak paket berhadapan tindakan pembatalan lesen dengan serta-merta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, berdasarkan audit yang dilakukan bermula Oktober tahun lalu hingga penghujung Mac ini, beberapa syarikat termasuk di Sabah telah dibatalkan lesen dengan serta-merta. Namun, pengumuman bilangan syarikat yang dibatalkan lesen ini akan dimaklumkan selepas semua negeri selesai…










