ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja wanita maut digilis di bahagian kepala dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori di Kilometer 33 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, dekat sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, mangsa dikenal pasti sebagai A. Stela berusia 19 tahun yang beralamat di Taman Sri Pulai, Skudai, di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pembonceng motosikal Yamaha…










