Banduan berkurangan kerana berperang - Utusan Malaysia

Banduan berkurangan kerana berperang

GAMBAR fail sebuah penjara di Krasnodar, Russia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Jumlah banduan di Russia telah menurun lebih daripada 180,000 dalam tempoh lima tahun, sebahagiannya disebabkan Moscow menghantar banduan untuk berperang di Ukraine, kata ketua penjara negara itu.

Dalam tempoh empat tahun perang, Russia telah menawarkan kontrak tentera kepada banduan untuk berperang di Ukraine dan ‘membeli keluar’ hukuman mereka jika mereka terselamat.

Russia  yang mempunyai rangkaian penjara yang besar diwarisi daripada kem buruh era Kesatuan Soviet merupakan antara negara dengan populasi banduan tertinggi di dunia, walaupun jumlah itu telah menurun dalam 20 tahun kebelakangan ini.

“Jika pada akhir 2021 terdapat 465,000 (banduan), kini terdapat 282,000,” kata ketua perkhidmatan penjara Russia, Arkady Gostev, menurut agensi berita kerajaan TASS pada Khamis.

Penurunan itu mewakili hampir 40 peratus.

Sekitar 85,000 daripada populasi penjara semasa ditahan dalam reman sebelum perbicaraan, tambah beliau.

Gostev berkata, penurunan itu sebahagiannya disebabkan usaha pengambilan oleh tentera, selain peningkatan hukuman gantung dan bentuk hukuman lain.

Banduan yang kembali dari medan perang Ukraine telah menyebabkan peningkatan jenayah dan ketegangan sosial di Rusia.

Gostev turut berkata, ribuan banduan bekerja di tapak pengeluaran untuk menyokong tentera dan menyumbang kepada ekonomi perang negara itu.

Banduan di Russia sering dipaksa bekerja, dalam sistem yang diwarisi daripada era Gulag Soviet. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN