MELAKA: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai Puteri di sini, hari ini. Pada program itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM8,700 yang bakal diserahkan kepada 29 anak yatim di situ. Selain itu, baginda turut berkenan mengurniakan 100 kilogram (kg) beras dan 29 set kain pelekat. Pengerusi Yayasan Islam…