Prabowo-Gibran sah dipilih Presiden dan Naib Pesiden Indonesia

Prabowo-Gibran sah dipilih Presiden dan Naib Pesiden Indonesia

PRABOWO Subianto melambai ke arah penyokongnya ketika menyampaikan ucapannya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengumumkan keputusan pilihan raya presiden, di Jakarta, Indonesia. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Prabowo Subianto sah dipilih sebagai Presiden Indonesia, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia, semalam.

Menteri Pertahanan itu menewaskan dua pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo yang berjanji untuk memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu kerana disifatkan berlaku penipuan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Indonesia, Hasyim Asy’ari memberitahu,  Prabowo dan pasangan Naib Presidennya, Gibran Rakabuming Raka menerima majoriti undi pada pusingan pertama 14 Februari lalu dengan memenangi undian sebanyak 59 peratus, atau lebih 96 juta undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Prabowo, bekas komander pasukan khas dijangka mengambil alih jawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo, bapa Gibran, pada Oktober akan datang selepas berlaku tempoh peralihan.

Jessica Washington dari Al Jazeera melaporkan dari Jakarta menyifatkan kemenangan itu sebagai kemenangan yang memberangsangkan buat negara Indonesia.

Ia adalah kemenangan yang luar biasa bagi seorang lelaki yang pernah bertanding jawatan Presiden Indonesia sebanyak dua kali sebelum ini dan gagal, kata Washington.

“Beliau menjanjikan peralihan kuasa yang lancar dan telah berjanji bahawa dia akan menjadi calon kesinambungan dan meneruskan kerja presiden yang sangat popular itu,” katanya.

Lelaki berusia 72 tahun itu menyapu bersih pilihan raya atas janji untuk meneruskan dasar Jokowi iaitu menunggang pada populariti Presiden Indonesia dan menggunakan platform media sosial seperti TikTok untuk mendapatkan sokongan kumpulan pengundi muda yang besar di negara republik itu.

Prabowo telah pun mendakwa kemenangan dalam pilihan raya selepas pengiraan undi tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului yang ketara berbanding pesaingnya.

“Kita jangan sombong. Kita tidak sepatutnya berbangga. Kita tidak sepatutnya euforia. Kita masih perlu merendah diri. Kemenangan ini mesti menjadi kemenangan bagi seluruh rakyat Indonesia,” katanya ketika berucap dan disiarkan di televisyen nasional Indonesia.

Seterunya calon Anies dan Ganjar berkata, mereka merancang untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan semasa Pilihan Raya Umum.

Washington berkata, pasukan mereka membincangkan isu pengedaran bantuan sosial secara meluas.

Beliau berkata pasukan mereka menyifatkan ini sebagai anomali dan mengatakan bahawa tahap bantuan sosial yang disebarkan menjelang pilihan raya menunjukkan bahawa ia mungkin cuba meraih simpati pengundi dan bukannya untuk tujuan yang sah bantuan sosial.

Pasukan undang-undang Prabowo bagaimanapun yakin keputusan itu tidak akan berjaya dicabar kerana kelebihan kemenangannya yang luas, lapor media tempatan.

Jalan menuju kemenangan Prabowo dicemari dengan kontroversi dan kebimbangan mengenai politik naungan berhubung pakatannya dengan Jokowi secara meluas dan dituduh menyalahgunakan kedudukannya untuk memihak kepada bekas pesaingnya.

Bagaimanapun, dakwaan sekutunya dinafikan.

Prabowo dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia di Timor Timur yang memenangi kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002 selepas kejatuhan kerajaan Soeharto dan di wilayah timur Indonesia yang bermasalah di Papua. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini