MARAN: Peniaga yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan setiap kali Ramadan berada dalam dilema untuk meneruskan perniagaan apabila sewa tapak bazar di daerah ini meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Wilayah Timur, Rohani Mahat, 49, berkata, ramai peniaga mengadu kadar sewaan tapak bazar 10×10 meter naik kepada RM330 berbanding RM300 tahun lalu. Beliau berkata, para peniaga juga…










