PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada segelintir pemilik syarikat pengimport arak dan rokok merasuah pihak berkuasa di Semenanjung supaya tiada tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, SPRM menerima maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan rokok dan arak melalui pelabuhan dalam negara ini yang terbabit dalam pengubahan wang haram. Menurut beliau, modus operandi sindiket…










