PETALING JAYA: Jenama tayar terkemuka, Dunlop, memulakan lembaran baharu di pasaran Malaysia di bawah pengurusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn. Bhd. (TBM) yang kini dilantik sebagai pengedar eksklusif jenama tersebut di negara ini. Bersempena dengan Pertunjukan Auto Malaysia 2026, Dunlop memperkukuh kedudukannya dengan memperkenalkan rangkaian produk yang diperbaharui, merangkumi kenderaan konvensional dan segmen kenderaan elektrik (EV) yang kian berkembang. Pengarah Urusan TBM, Marcus Lim berkata, peralihan itu merupakan langkah penting dalam…










