Penganggur dipenjara lima bulan pukul adik - Utusan Malaysia

Penganggur dipenjara lima bulan pukul adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau hari ini selepas mengaku bersalah memukul adik kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh, Firdaus Mohamad Khalil, 36, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret menetapkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas adik kandung perempuannya berusia 33 tahun dengan cara menumbuk bahagian belakang kepala menggunakan tangan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 6.30 petang 23 Mac lalu di sebuah rumah di Kendong. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan 

Berdasarkan fakta kes tertuduh menumbuk bahagian belakang kepala adiknya itu sebanyak dua kali di ruang dapur di sebuah rumah.

Tertuduh memukul adiknya itu disebabkan benci berikutan sudah lebih kurang tiga tahun tidak bercakap dengannya.

Tertuduh kemudiannya ditangkap pada pukul 1 pagi di rumah berkenaan oleh pasukan polis. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN