Pendaftaran PADU mampu lepasi 50 peratus Ahad ini - Utusan Malaysia

Pendaftaran PADU mampu lepasi 50 peratus Ahad ini

MOHD. Uzir Mahidin (berdiri, kiri) diiringi Mohd. Sawal Shakimon (berdiri, kanan) melihat aktiviti pendaftaran untuk PADU semasa melakukan lawatan di UTC Seremban di Ampanga, Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Perangkaan Malaysia yakin semua negeri akan dapat melepasi 50 peratus rakyat yang layak mendaftar untuk sistem Pangkalan Data Utama (PADU) menjelang tarikh akhir berbuat demikian pada Ahad ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada cerapan dilakukan pihaknya di kaunter PADU di seluruh negara yang menunjukkan trend peningkatan ketika ini.

Katanya, semakin ramai orang mengunjungi kaunter PADU selain mendaftar secara dalam talian.

“Kalau lihat cerapan di seluruh negara, kaunter PADU semakin dikunjungi orang ramai dan terdapat permintaan untuk membuka lebih banyak kaunter.

“Iltizam orang ramai untuk mendaftar semakin tinggi dan saya yakin jika momentum berterusan kita boleh lepasi 50 peratus,” katanya kepada para pemberita selepas melawat kaunter PADU di UTC Seremban di Ampangan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan, Negeri Sembilan, Mohd. Sawal Shakimon.

Sebagai contoh, kata Mohd. Uzir, seramai 323,816 orang atau 36.8 peratus penduduk di negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas sudah mendaftar untuk PADU sehingga semalam.

Jumlah itu, tambahnya, meningkat berbanding 144,395 atau 16.4 peratus daripada 879,880 penduduk yang layak direkodkan pada 15 Februari lalu. 

Beliau menarik perhatian, tumpuan diberikan kepada kawasan Lembah Klang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding negeri lain.

“Kita sudah pun mengenal pasti kawasan sasaran dalam usaha menarik lebih ramai orang mendaftar  PADU.

“Antara usaha yang dilakukan ialah memanggil ketua komuniti dalam sesi dialog awam bersama kerajaan negeri dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli,” ujarnya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×