Dakwa kerajaan negeri tanggung salah kerajaan terdahulu

Pemuda Pas dakwa kerajaan negeri tanggung salah kerajaan terdahulu

BUDI95
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dosa orang lama (kerajaan lama) dipikul dan dicuci oleh kerajaan sekarang ini”.

Demikian reaksi Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengenai tunggakan gaji pekerja-pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berjumlah kira-kira RM560,000.

Menurutnya, isu tunggakan gaji pekerja KAHB itu berlaku sejak 2016 ke 2017 lagi dan ia bukan perkara baharu terjadi.

“Itu tersebut dalam Laporan Ketua Audit Negara dan memang disebut dengan jelas waktu itu memang KAHB bermasalah. Menteri Sumber Manusia (Steven Sim) sendiri sebut dia telah mendengar taklimat daripada pihak Syarikat dan mereka akan membuat penyelesaian bayaran tertunggak sehingga sebelum (Hari Raya) Aidilftiri.

“Kemudian Menteri sebut, minta jangan tindas pekerja, (ini) melemparkan persepsi di Dewan Rakyat. Jawab secara profesional, kalau nak jawab secara persepsi silakan atas pentas ceramah,” katanya pada sidang media di pusat media di Bangunan Parlimen, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, JTKSM mengeluarkan notis kepada KAHB berhubung tunggakan gaji 24 pekerja sejak September.

Sehubungan itu, Steven berkata, KAHB akan membayar kira-kira RM560,000 gaji semasa dan tunggakan gaji pekerja­nya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, ketetapan itu antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KAHB pada Ahad lepas.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk menutup operasi syarikat KAHB pada hujung bulan ini selain membayar faedah penamatan dan gaji ganti notis dalam tempoh tiga bulan mulai Mac tahun ini,” katanya.

“Pekerja telah dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh bagi tuntutan gaji terhadap majikan dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 19 Akta Kerja 1955 atas kesalahan pembayaran gaji lewat.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 di bawah Seksyen 99A Akta yang sama,” katanya di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN