KOTA BHARU: Seorang pegawai polis tidak ‘gelap mata’ apabila sanggup menolak sokongan berjumlah RM200,000 demi intergiri dan nama baik pasukan semasa mengendalikan kes berkait dengan dadah. Sikap terpuji itu menyaksikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Asisten Superintendan Samsuddin Paweddai menerima Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia Tahun 2024 daripada Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun hari ini. Mengimbas semula perkara itu, Samsuddin berkata,…










